26 December 2007

Cik Elly Berkrismess??..

Krismes 2007..

Bangun pagi nak gi ofis..(pesal la kena masuk keja gak ari nih).. Macam biasa siap2, keluar rumah, carik cikElly, raba2 sikit(err..stat enjin,lap side mirror, pakai helmet daa..)dan merempitlah aku ke KL bersama cikElly..

Sampai kat tol Jalan Duta,keluar jer dari lorong motosikal tu kat depan sana nampak polis trafik tengah buat road block..banyak lori,keter yang kena tahan...termasuk la aku sekali..heheh..aiseh kena jugak..ingatkan skuter comei bleh lepas..:p

Polis officer yang tahan aku tu pun mintakla IC dengan lesen..huh..bulan 10 dulu baru jer renew tauww ;p...so dengan yakin bolehnya aku hulur jer lah..

" aaa dengan roadtax sekali yer.."

Ok..Aku pun off cikElly dan bukak seat tempat isi barang tu sebab aku sorok roadtax dalam tu..

Eh...jap...roadtax cikElly??.....

ErRRKK!!!....yang aku renew bulan 10 dulu roadtax cikSiL!!! aaa mhammmposshhh....

Aku capai roadtax cikElly...OKTOBER 2007! konfem kena sekeh kepala dengan pakcik polis nih....adusss...

Aku hulur jugak roadtax tu sambil buat muka paling comei sejak 28 tahun idup,dengan harapan polis tu belas kasihan kat aku..ala macam kucing Pussy dalam citer Shrek tu....huhuu takde maknanya!!

Polis tu amik roadtax yang aku hulur tu dengan tangan kanan dia, sambil dia sibuk dok belek2 lesen aku kat tangan kiri dia....

"Mana ni...Kuantan? "...bila tengok alamat kat lesen aku tu alamat Kuantan dulu..

"Kuantan?...Ooo aaa...dulu dok Kuantan,sekarang tinggal kat Kota Damansara.." jawab aku macam orang nak kena saman....eh memangla!

"Kota Damansara??..Jalan mana?" tanya polis tu sambil toleh tengok aku dengan spek itam RayBan dia...dan roadtax aku masih kat tangan kanan dia...Chance ounis!!..aku cepat2 layan balik untuk alih konsentrasi dia yang macam nak belek roadtax aku plak...

"err..Jalan Cecawi..Seksyen 6"....

" Seksyen 6?..OOo..yang dari traffic light tu, terus lagi yer?.."

"hmm Aaaa...kalau ikut situ pun boleh jugak..nanti jumpa Shell,McD, KFC kat belah kanan..area2 belakang tu je lah.."... aku jawab walaupun aku tak tau traffic light mana yang dia maksudkan...:p

"Ooo..." sambil dia tengok semula lesen,pastu tengok roadtax aku seimbas lalu....yesss!!!

"Hmm OK"..sambil hulur balik lesen&roadtax aku...HUUHUUU..Yattaa!! selamatt!!....;P

"Err ada apa ari ni encik?" aku cuba kontrol ensem senatural mungkin...

" Ada operasi sikit..Ops asap, ops lesen...bla bla bla...."

"Oo...okeh timakasih encik!"...




On way ke ofis tu aku tak abes2 gelak sorang2...opps mungkin cikElly pun gelak sama kot...hahahaha....nasib oh nasib...:p

19 December 2007

Miskin?

Aku baca satu iklan kat paper semalam dan ia sungguhlah Bernas untuk dibaca oleh orang2 yang sekarang ni suka benor berkumpul ataupun berhimpun ataupun agaknya suka teringat masa sekolah dulu selalu ada perhimpunan tiap2 hari Isnin nyanyi lagu NegaraKu, lagu Negeri n lagu sekolah....sebab tu la asyik nak berhimpun balik jer sekarang..baru semangat sikit ye tak..

Aku tulis/taip balik disini setelah ditranslate sesuka hati oleh aku sendiri..haha...nak copy paste takleh...



Adakah 'Miskin' ada rupa?

Adakah rupanya itam manis?

Atau kuning langsat?

Atau sawo-matang?



Adakah 'Miskin' itu isu Kaum?

Atau isu Ekonomi?

Atau isu keAgamaan?




Takde ker luar sana orang kaya Melayu?

Atau orang kaya Cina?

Atau orang kaya India?


Takde ker luar sana orang miskin Melayu?

Atau orang miskin Cina?

Atau orang miskin India?


Tak Ke patut Soalannya:

"Takde ke luar sana orang miskin Malaysia?"




Tak Leh ker kita stat pikir camna nak setel masalah Kemiskinan...

...bila kita dok Ngada-ngada campur adukkan dengan isu Kaum?

Buleh ker kita tengok Jelas-mellas bila kita pilih untuk tengok ikut satu Prisma atau bongkah kaca?

(atau senang cakap ko ada cermin mata atau kontek lens tapi ko pilih untuk tengok guna spek mata itam cap tiga ayam? Tak sssedar diri rabunn...;p )
Buleh ker kita agak2 ahli Nujum Politik tu Setelkan masalah ni sorang sorang?

(bila kita agak2 macam tu) Buleh ker kita kata kita nak jadik ahli Masyarakat?


Mehla kita cuba atasi kemiskinan.

Tapi Mehla kita stat dengan taruk Cermin kat Muka tu Dulu...







PIKIR.





-Selamat Hari Raya AidiL Adha kengkawan...Mari berQurban apa sajaa..kambing atau pun lembu buleh jugaa, satu bahagian RM 250 sajaaa.... :)



(Uishh.. update dua hari hari berturut2?....huu annnjaib annjaibb....;p )

17 December 2007

Updet jangan Tak UpdeT...;p

-Raya 2007-

Kesian umah aku ni tak beraya plak..tuannya beraya sakan agaknya kot..heheh...Tapi alhamdulillah la..makna Raya 2007 tetap lain dengan makna Raya 2006 juga dengan makna Raya sebelum-sebelumnya. Rasanya baru jer tahun lepas doa mintak dapat jumpa Ramadhan tahun ni. Sekarang dah selamat pun..so janganla kita lupa doa lagi mintak dapat berjumpa plak dengan Ramadhan tahun depan yek.....:)

wehh...dah nak raya Haji laa....apa punye apdet daa...hahahaha....


-Keja-


Company aku sekarang ni V(bukan nama sebenar ?) adalah kejanya meng-outsource company orang lain. Contohnya dia amik projek uruskan payroll company X, buat call-center untuk company Y dan sebagainya lah. Nak dijadikan cerita, company N dah buat decision untuk satukan call-center dia dengan main-office di Tembok Besar sana...dengan alasan standard: labour cost sana murah, senang nak berkomunikasi, banyak basikal, barang2 dapur,bawang, telur semua murah...aaaa wateber lah...so mereka2 yang berkhidmat penuh dedikasi di call-center disini akan diserapkan ke department2 lain yang belum tentu lagi dia akan berkhidmat penuh dedikasi disana kerana telah ter-un-motivasi disitu......huuu...so sekarang ni ramai la yang dok tengah sibuk mengapdet resume mencarik tempat2 lain kot masih ada yang sudi...

aku kah ittuw..;p


-4 Dis-

Arijadik Abah...pagi tu sebelum stat keja aku sms abah wish birthday dia...rasanya sepesen jer dengan sms tahun lepas..ending with..

".....semoga sehat selalu dan bahagia disamping insan tersayang..heheh.."



Actually instead of "heheh"...aku nak letak .."We love you"..tapi nak lebih wujudkan unsur humor+ceria so aku tarukla "heheh" tu....

then abah reply...



' TQ. I love U'




huuu...chotto namidame deshita...



Teringat kata2 sorang ustaz 2,3 minggu lepas...."Ianya bak air yang mengalir dari puncak gunung...mengalir air itu hingga sampai ke kolam dikaki gunung,tetapi hakikatnya air itu tidak akan mampu untuk mengalir kembali ke kolam diatas gunung tersebut..."

Ustaz tu mengibaratkan air dengan kasihsayang ibubapa..takkan sama dengan kasihsayang anak kepada ibubapa mereka....huuuu....

so kita yang anak-anak ni ganbatte lah buat apa yang terbaik..walaupun takkan sama, even dengan nilai susu tepung Nespray yang diorang beli untuk kita masa kecik dulu....banyak ber tin2 tuu.... eh tapi susu Nespray ker? ker EveryDay? ker ape ek...;p


-Obsesss-

Mungkin ini perkataan yang sesuai bila korang alami fenomena fenomena 'normal' berikut...


  • Anda main futsal semalam, ari ni pun ada geng ajak futsal, lusa plak anda ada weekly futsal dengan geng lain..malam weekend plak anda ada bola..and lepas2 abes setiap event tu anda layan plak tgk bola kat kedai mamak....then bila weekday kat ofis plak time free anda ushar Youtube search for ..Best of Ronaldinho, Ronaldo, Futsal skills, foot trick, football freestyler, dribbling compilation...pastu abes keja ari tu anda tersedar..yang anda main futsal semalam, ari ni pun ada geng ajak futsal, lusa plak ada weekly futsal dengan geng lain..malam weekend plak anda ada bola........and life goes on and on....tapi anda rasa tak bosan pun,tak termuntah pun..tepu ker..muak ker...loya ker...cirit birit ker...;p

  • Anda dengar2 jer dari teman2.. citer 'Prison Break ' tu best, tapi sebab keja,sibuk dengan benda lain kot so anda tak berkesempatan untuk layan. Sampai satu hari teman anda pinjamkan satu set dvd Prison Break Season 1...Malam tu anda bercita2 layan satu episode jer sebab esok keja pagi..Sedar2 malam tu abes anda layan satu dvd=4 episode=bape jam mau abes tuu?!!....Keesokan malamnya anda bercita2 layan satu episode jer sebab esok keja pagi..Sedar2 malam tu abes anda layan satu dvd=4 episode=bape jam mau abes tuu lagiii?!!...Dan sedar tak sedar..anda abeskan satu season yang ada 6 dvd= 22 episode tu dalam masa 5 hari JER....=bila masa anda tidur???....huuu syukurlah anda sekarang masih idup...;p

  • Oh tak abes lagi... Anda tau ada Prison Break Season 2!!!, tapi teman anda ada Season 1 sahaja..tu pun dah cukup bagus kasi anda pinjam. Oleh kerana anda tak ada pc mahupun laptop sendiri untuk download online jadik minggu berikutnya lepas keja anda singgah Petaling Street untuk carik stok2 dvd kerana anda tahu anda dah ketinggalan zaman sket dan dah tak sabar nak tengok...maka anda beli la Prison Break Season 2 DVD Box cap Lanun itu dan anda bercita2lah semula untuk layan satu episode JER malam tu sebab esoknya anda keja pagi....................err disini anda boleh sambung sendiri kesudahannya...:p...syukurlah sekarang anda masih sehat...;p
  • Oh tak abes-abes lagiii....anda tau Prison Break Season 3 is now On Air kat US!!!.....maknanya anda dah tak ketinggalan zaman. Tapi sebab for sure dvd tak wujud lagi maka anda mintak kawan anda mengdownloadnya untuk anda...dan anda bertuah rupanya Prison Break Season 3 diberhentikan sementara tayangannya sehingga Episode 8 sahaja dan akan bersambung semula pada bulan Januari 2008 nanti.....Jadi untuk mengisi masa terluang sehingga muncul balik episode 9, anda ushar plak website Prison Break tu, untuk mengetahui perkembangan terbaru. Kat situ ada plak 'Recaps' header yang bila anda klik rupanya tersimpan disitu sinopsis setiap episode dari Season 1 sampailah Season 3...dimana bila anda cuba print out sinopsis tu untuk satu episode sahaja panjangnya adalah 4 hingga 5 helai kertas saiz A4,tanpa sebarang gambar!...tu pun anda masih bercita2 untuk print-out kesemua sinopsis yang ada walaupun anda tahu ianya akan menjadik setebal buku Harry Potter and the Order of the Phoenix tu...;p




Huhuuu.....akukah ituuw lagi....;p



-Lagu Sedih Pertama-

Tetiba aku teringat lagu kat bawah ni..yang aku rasa itulah lagu menyayat hati yang pertama aku dengar.Apakah plak lagu pertama yang korang dengar dan liriknya amatlah sedih lagi menyayat hati ?...hmm bagi aku inilah lagunya....isk..isk..isk...

"Ibu ayam dikejar musang,
Anak ayam carik ibunya,
Ibu ayam berlari...terus lari,
Dan ditangkap musang,
Anak ayam mencari...terus cari,
Ibunya yang hilang.....

Oh kasihan....oh kasihan...Aduh kasihan..."


Huhuuu...sapa la pencipta lagu ni...budak2 kecik pun nak diajar lagu sedih2...tak patut...nanti balik umah mesti budak tu terpikir2....abes ape jadik pada anak ayam tu? boleh ker dia idup? ker dia still mencarik mak dia yang ilang tu? abes dia jadik anak yatim la?bapak dia mana? abes nak kena antar umah anak (ayam) yatim la? musang tu peciter,polis dapat tangkap tak? suka ati jer makan mak orang.......eh mak ayam orang....


Wonder...masih adakah yang boleh nyanyi lagu ni bersama2 saya mengikut irama originalnya?...;-)