17 October 2008

First Timer Tag!

Aaa..tidak..aku kena tag lagi...ish biaseee niih suka tag tag orang ;p ..
Rasanya ada gak aku kena tag sebelum ni tapi aku sempat jawab and buat entry half way jer...sebab nak jawab dua soalan pun aku dah merapu ke mana ntah last last give up...hhngahhhngahngah...

ok la yang ni saya akan cuba bersunggoh2 untuk mencapai kejayaan.

FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG
25 Mac 1999...heheh ingaat beb.. jakun gila naik flight nak gi jepun.tapi yang tak best dapat seat paling tengah. Ada dua orang kat kiri dua orang kat kanan...jauh sekali nak tengok luar dari tingkap..oh tidak,indahnya panorama awan itu...., oh tidak, cantiknya panorama bukit bukau menghijau itu.....oh tidak, kagumnya panorama enjin wing ituu...

FIRST TIME MELAHIRKAN ZURIAT
aaa penah2, masa tu elok lepas 9 bulan kawin, sakit woo macam orang nak beranaaak, habes aku tarik2 rambut laki aku nak tahan sakit,nurse nurse doktor doktor semua aku terajang tercampak ke dinding tercampak atas kipas, ada yang jatuh tingkap mhamposshh!!! .....

......tte, ini tag untuk orang pompuaan!!! ;p

FIRST TIME PEGI OVERSEA
ha sama la seperti diatas...25/3/1999..sampai kansai airport, pastu rasa ala2 sejuk plak, terus keluar dari terminal sambil tiup2 lapan puluh kali macam orang hembos asap rokok...huu berasap-asap beb...teereerr.. ;p

FIRST TIME DUK JAUH DARI FAMILY
Form 1, masuk asrama sekolah men. Abdul Rahman Talib Kuantan...dalam sebulan syok dok asrama, dalam kelas tengah sibuk cikgu ngajar, tetiba mata aku bergenang-genang tak tentu pasal...seriyes...sebak gitu....

oh aku mula belajar erti... homesick... m(T_T)m

FIRST TIME RASA DIRI GEMUK
Aiseh yang ni belum lagi..walaupun berat aku sekarang average +-71 kg berbanding balik dari jepun +-63 kg, tapi seriyess tak nampak plak tang mana yang gemuks..depan cermin boleh jer main gitar kiri dan kanan ;p
agaknya bertambah lemak kat siku, kat belakang lutut,blakang peha,kat telinga, kat vontot ker...ye lah tempat2 yang aku tak nampak ;p

FIRST TIME WORKING
oo..mula2 ingat kat jepun..hantar surat kabar pepagi buta sambil kena salak dek anjing..tapi lupa lak, lepas spm pun aku dah penah keja kat Kuantan. Siap gi interview lagi,masa tu dengan dua orang member aku, kat pasaraya "Payless" kat Kuantan. Sekarang dah jadik Court Mammoth kot. Aku dengan member aku dok dengki dengan sorang lagi member aku, sebab dia jadik cashier,siap boleh duduk kira2 duit jer, gaji lebih 50 hinggit dari kitorang plak tu..kitorang jadik balaci jer tukang angkat barang susun-susun barang,tampal tanda harga..huuhuu....

FIRST TIME BERCINTA
adehh...konfem kena cubit pas nih..:p
masa bila yek...oh ya masa ujung tahun form ONE!!!! tuuu diaaa....bravo! bravo! Romeo kasanovaAA!!!

FIRST TIME MERASAKAN DIRI CANTIK
maksud anda hensem?..oh kalau begitu, masa form one jugak! lepas gi gunting rambut kat kompleks Teruntum, barber tu gunting style slope tepi nipiis jer, atas biar jer kasi ada jambul2 sikit.... dalam hati.."yes yes..inilah yang aku mahukan! gaya rrrremaja masakini!!" ;p

FIRST TIME TENGOK WAYANG
hmm..tak pasti tapi rasanya darjah 5-6 kot..citer Jurassic Park tu...rasanya la..

FIRST TIME MASUK HOSPITAL
Masa umur 5-6 tahun kot..tapi bukan aku yang sakit, bapak aku daa..so first time jugakla kan masuk hospital gi tengok bapak aku..;)

NAMA-NAMA TIMANGAN OLEH ORG TERSAYANG
onis, aok , bangChik, ayahChik , oNicchan :)

ANDA SEORANG YANG..
optimis, unik, notty ;p, ideal (?) n simple.... o.u.n.i.s gituu.... ;p

INSAN TERISTIMEWA
Family, buah hatiii :)

FAVOURITE FOOD
Kangkung goreng, pastu sambal kacang pekat makan dengan pecal @ sayur2 yang dicelur...perrghh...

FAVOURITE COLOUR
adik beradik putih,biru,hijau dan ungu..

FAVOURITE SONG
yang aku dah hafal 100% dan mampu dikaraoke cukup dengan lenggok dan nahu bahasanya lengkap dengan kareografi-tangan time drive alone bersama cikSiL ..;p

Carta terkini:
1) Greenday - Macy's Day Parade
2) My Chemical Romance - I Don't Love You
3) Sofaz - Janjiku (Terasa sungguh Sofaz time nyanyi lagu ni..;p)
4) Jason Mraz - I'm Yours (ops baru 70% hafal, siap print out lirik dia simpan dalam cikSiL lagi tu..senang nak karaoke sambil tunggu enjin panas! ;p)
5) Akon - Blame on Me (ni pun baru 70%, kompem putus nafas nyanyi lagu nih!)

SIKAP YANG BUAT ANDA STRESS
Marah tanpa sebab konkrit. Agaknya perangai Laki kot..suka fizik @ fizikal, terang jelas lagi nyata..(macam la subjek fizik aku dulu bagus sangat ;p)

3 MENDE YG MESTI ADA DLM HANDBAG
aaaa mesti ada Gincu Lancome model M61, face powder MAC,and mascara MAC jugak...kalau takde camne i nak touch-up muka i nii...

.....................huh ni soklan untuk orang femfuan la jugaakkk!!! ;p

KALI TERAKHIR ANDA NANGIS BERIA-IA
huu...nangis sedih aku tak ingat, tapi nangis beria-ia tu aku penah..masa kat jepun.seriyess masa tu air mata macam kepala paip pecah, sampai aku tergelak pasal air mata macam tumpah takleh nak brenti! ;p kenapa ya?

Ingat nak sambung kemerepekan lagi pasal nangis beriya-ia ni tapi takpelah, next next entry la plak..macam dah lari tajuk jer nih ;p

SAPA AKU NAK TAG
Ha cik/encik yang tengah baca entry saya nih...yer kamuuu!...walaupun takde blog ..tak kira, kena buat jugak..buat la dalam diary ker kertas kajang ker manilakad ker pastu pos kasi aku baca..hahaha....sapa suh rajin sangat baca sampai abes..(ha dok baca lagi tu!) Dalam masa 24jam kalau tak buat abesla..confem esok bangun tido jadik budak yang tak mandi pagi!!! haaa takott takott....hehehh.. ;p



Cukup untuk kali ini. Hepi weekend :)

06 October 2008

Raya 2008

Alhamdulillah..raya2008 selamat berlangsung dengan jayanya..(walaupun poket dah tak berapa nak berjaya..huhuu) Semua dah selamat balik tempat masing2. Tinggal aku jer, lagi 2 jam nak naik bas balik KL. Seperti yang dijangka, kalau biasa KL-Jengka amik masa lebih kurang 2 jam jer, my Akok semalam bertolak pkul 6 ptg dan sampai KL pkul 12! penuh onak dan duri di perjalanan..heheh.. takperlah, yang penting semua selamat..

Kepada semua yang tersinggah disini lagi, bermakna anda juga selamat menjalani puasa dan Raya 2008 dengan jaya(?)nya..syukur syukurr kita semua masih sehat..:)

Oleh kerana jap lagi aku nak balik dan kena berkemas2 dah..so takleh la nak merepek panjang2..Ada la sikit kat bawah ni buat ilang ngantuks..;p




Okeh, selamat berkerja dan mencari nafkah semula. Semoga bekal yang kita buat sebulan di Ramadhan lepas cukup untuk 11 bulan yang mendatang..aminn...



penangan sup tulang!..whole day kepala berdenyut2 macam diketuk2 dengan tulang sup yang enak ituu..huhuu