08 April 2007

Bongek!

Tahukah anda apa makna perkataan bongek?...Mengikut kamus dewan bahasa dan pustakounis, maksud bongek adalah seakan2 bongok, tapi dalam versi yang lebih mesra alam dan ada unsur2 humor apabila ditutur...Perkataan ini boleh diaplikasi dalam contoh situasi berikut:

-Situasi 1-

  • Anda nak renew road-tax, tapi baki insuran anda ada 5 bulan..(kes lambat renew la ni...hahaha)..So anda kena extend dulu insuran anda sebulan,baru bleh renew roadtax dengan minima 6 bulan. Anda pun pegi extend insuran di hari Selasa..(sebab anda off day ari tu..heheh) Dah selesai anda pun pergi la ke pejabat pos untuk renew roadtax..tiba giliran anda, akak kaunter tu cakap yang insuran anda tak cukup 6 bulan, walhal anda telah extend insuran anda sebelum tu. So anda call balik orang insuran...bla bla bla dia kata ada signal error antara JPJ dan keluarga mereka. Dia suh buat esok...anda pun '..oo ok, tapi kalau esok takpe ker tempoh insuran ni?..' dan akak insuran tu cakap..'Oo takpe..2-3 hari takpe lagi..".....
  • Rabu keesokannya di waktu lunch anda pegi ke pejabat pos dengan satu harapan untuk setelkan road tax anda.Alih2 akak pejabat pos tu kata lagi...'hencik insuran hencik ni tak cukup lagi...kena tambah dulu..". dan bagai pisang berbuah dua kali,anda pun macam pisang terpaksa berbuah dua kali jugak..explain benda yang sama macam semalam..dan hari tu keputusannya tetap sama..JPJ punya signal error! So di sini anda sudah boleh mempraktikkan perkataan 'bongek' dalam hati anda...
  • Khamis keesokannya di waktu lunch lagi anda pegi ke pejabat pos lagi dengan satu harapan lagi....dan bila jawapan orang pos ofis tu adalah sama dengan hari semalam, maka disini juga anda boleh mempraktikkan perkataan 'bongek' tak kira di hati mahupun dimulut..praktikkan disepanjang perjalanan balik anda ke ofis jika anda terpaksa skip lunch anda dihari itu...
  • Jumaat keesokannya lepas semayang Jumaat, anda masih ada cukup masa untuk setelkan roadtax, so anda ke pejabat pos lagi dengan harapan menggunung ganang. Tapi kali ini anda mendapat kezutan bila akak pos ofis tu kata tidak ada yang terkeluar minggu ini....eh...akak tu kata masih tidak ada signal error..dan kezutan anda mencapai tahap dewa bila anda call orang insuran dan dia kata plak..." hencik, saya dah cek hencik punya insuran ni, tapi tempohnya tak cukup untuk buat roadtax..hencik kena tambah TIGA HARI untuk tempoh insuran, baru hencik boleh renew roadtax...."..... jadik disini adalah amat wajar anda menggunakan perkataan 'bongek' mengikut tahap kewarasan anda...jika tahap kewarasan anda adalah sifar, anda boleh gunakan bersama perkataan2 lain yang sama waktu dengannya dan jeritlah tanpa mengira pitching lari ke tak...Tapi jika anda masih waras anda bolehlah gunakan perkataan 'bongek' itu dan tujukan kepada kerusi,meja,lampu kalimantang, kipas, mesin ATM, toilet, elevator, helmet dan apa jua benda2 yang anda nampak disepanjang perjalanan balik anda ke ofis......

...........BonGEKKK!!!!!..........

-Situasi 2-

  • Anda sedang memandu, menghala masuk ke hiway NKVE. 500 meter dihadapan anda adalah plaza tol Kota Damansara.Tetiba dapat call dari seseorang yang anda kenali. Andapun menghandsfreekan henpon anda dan stat berborak. Perbualan di henpon semakin indah, jadi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku anda mengambil lorong paling kiri dan memandu dengan kelajuan bola bowling anda sahaja..tak laju lebih kurang 20-30km/j sahaja, cuuukup slow n stedi... Selepas beberapa ketika anda rancak berborak, baru anda perasan......yang anda kini telah berada di dalam hiway NKVE...jadik anda tertanya2, dimanakah plaza tol Kota Damansara tadi??

Maka di sini anda layak menggunakan perkataan 'bongek' dan tujukan kepada diri anda.Gunakan perkataan ini sehingga anda jumpa plaza tol yang seterusnya.......

...............bwarghahahaha.....boNGEEKKKKK!!!.......

...aa tak kira, aku tak bersalah..sapa suruh tol paling kiri tu tak letak palang?kan tak pasal2 cik SiL yang malu...wahahahaha.....