15 March 2006

Sebelum Terlupa Lagi...



-Lagu Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Sagu Satu-
--
Tegak berdiri megah
Tanda kemegahanmu
Lambang usaha berdikari
Seindah rupa wajahmu...
--
Sekolah Bukit Sagu Satu
Berilmu Berbakti teruskan usaha
Kukenang hingga akhir hayatku
Moga maju dan terus jaya...
--
Sekolahku punya cita
Bersatu teguh membina
Bekerjasama menaburkan bakti
Doaku kan Tuhan berkati...
--
p/s: ha kak ano,kak teh,apiQ...terer tak koi?heheh..
--
-Lagu Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Kuantan a.k.a SMART-
--
Kami pelajar S.M.A.R.T
Berazam bersetia berjanji
Tingkat usaha berganding bahu
Agar berjaya selamanya...
--
Teguhkan azam,bulatkan tekad
Belajar dan usaha tak jemu
Berdisiplin berakhlak mulia
Agar jadi insan berguna...
--
Padamu guru didiklah kami
Dengan tekun dedikasi
Agar terbela masa depan kami
Jasamu tersimpan dihati...
--
S.M.A.R.T menabur bakti
Mendidik membimbingi kami
Dengan ilmu dan pendidikan
Pengetahuan Sinaran Jiwa
--
Pengetahuan Sinaran Jiwaa....(<--guna teknik falseto disini)
--
-Lagu M.R.S.M- (aiseh ni semua tau nii..)
--
Wahai putra putri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu memegang teraju
--
Dizaman sains dan teknologi
negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
(------- ----- -------) <--aa tak ingat!
--
Di Maktab Rendah Sains M.A.R.A
Tuntut ilmu,jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu...
--
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya....(nnnna wake nai darou)
Tingkatkan segala yang ada (macam tak betul jer)
Ke kuliah kita segeraa...
--
--
-iklan Gula-gula Polar Mint-
--
Jika mahu kepuasan
Dapatkan Polar Mint
Sejuknya sungguh sejuk,Polar Mint
--
Sungguh sejuk sungguh segar rasa pudina sebenar
Sungguh sejuk sungguh segar Polar Mint...
--
-iklan Villa-
Namanya Villa
Rupanya lawa
Fesyen Villa untuk adik semua...
--
Banyaknya warna
Pakai pun selesa
Fesyen Villa untuk adik bergaya...
--
Villa!
--
p/s: Kakteh otomatik joget2 depan tv bila tengok iklan nih...kihkihkih

Tak bertema sunggoh post kali nih...heheh..tp ni 1st time updet blog kat ofis!Setelah satu hari satu Rabu dok nyiapkan part list untuk 5 machine yang nak kena overhaul nih,kasi can la kan aku melepaskan tensen di shini..heheh....takpe bos tak bacanya blog aku nih....jangan bagitau dia aa!...

-Kyou no Pucchi Shiawase-

  • ApiQ dapat 9A 1B!..huh aku plak yang bangga.Belom lagi mak abah kat umah sana..Tahniah lah!tahniah lah!..Sebagai anak bongsu,kira dia berjaya 'tutup tirai' result SPM akak2 ngan abang2 dia dengan 'happy ending'...Hmm..abang,akok,kak ano,kakTeh,kak Lang...kita nak kasi hadiah apa kat syapiq nih?..Koi kasi penanda buku ker,pensel warna ker,set kotak pensel ker jadiklah ek,dia kan student lagi..hihihih...
  • Ada soalan dari Gryfindor kat shoutbox tu yang buat aku terpikir jgak..."ker tengah sibuk dengan awek(s) baru?"...heheh...sou da yo..dengan ala2 bohjannya aku mengaku memang saikin aku sibuk dengan awek2 baru...so ini dia,list my current aweks!..(huh ganasnya bunyik!)
  1. Siti FutSaLiza... Dia aku kenal 2 minggu jer lepas aku stat keja kat sini..Sampai la sekarang..walaupun sibuk dan penat keja,aku tetap kluar dating ngan dia koman2 seminggu sekali...Dia comei2 bulat2 jer orangnya..ihiks!
  2. Siti NurSoccerliza... ha dia plak aku dah kenal lama gak..semenjak dua menjak ni lagi la,makin rindu dendam dengan dia,..setiap Selasa n Khamis petang,pkul 5 jer aku dah kemas meja ofis nak balik,tak sabar nak jumpa dia..Berbanding Siti Futsaliza,dia ni datang dari kampung,taknak dating kat bandar,nak dating kat taman ker atau tempat lapaang yang ramai orang...bolehla aku berjimat skit..heheh..aa dia pun comei2 kiut2 bulat2 jugak orangnya... :-P
  3. Siti BowLing Kin Ngoh...heh..sorry yek,awek yang ni dah jatuh ranking no. 3...minggu lepas dating ngan dia,tapi sebelum tu nak dekat sebulan lebih jugakla kitorang tak berjumpa.Apa taknya,dok sibuk dengan Siti Futsaliza n Siti Soccerliza..camno la nak jumpa dia ni..pulak tu antara semua,dia ni la awek yang paling high-maintenance!..Nak dating kat Sunway Pyramid lah,O.U lah,Ampang Point lah,Shah Alam lah..huh memilih yer...nasib baikla dia pandai n selalu bagi kenangan2 manis kat aku..heheh...
  4. Elly G. Ann...hehe..dah lupe ker dengan awek yang sorang ni.Elly masih sehat macam dulu.Bagi aku,dia bukanla awek ranking no.4..tapi dia awek yang 'evergreen' ....err mungkin lebih tepat lagi,'everred' kot...kemana aku pegi dia setia mengikut,kemana dia pegi pun aku setia mengikut...heh..logik la kan...baru2 ni aku hadiahkan dia permaidani merah..so bila kluar dating ngan dia,dia nampak lebih berseri berbanding kembar2 dia yang lain...heh...

am too much mengarut,balik dulu...:-P

pekerja2 paling dedikasi bulan ini....toloong la percaya!..

No comments: