08 May 2007

Spiderman & Pirates berSumo..



-3Spiderman3-

Ari tu aku gi Berjaya Times Square nak tengok Spiderman-3 kat IMAX 3D tu...ingatkan dia buat 3D, baru berangan nak merasa tempias web spiderman tu kot2la dia spit web dia sampai terkeluar screen tu..heheh...tapi tipah tertipu..brader tiket cakap ni 2D jugak..biasa jer..takdenya spiderman nak swing sampai keluar TimeSquare tu....huhuhuu...

Tapi dah alang2 sampai tengokla jugak kan,terpaksa la bayar rm15 per ticket untuk spiderman yang tak 3D tu..takpela sekali sekala...(nyedapkan hati)...lagipun tak penah aku masuk the biggest cinema hall in the world tu.Mula2 masuk jer tengok lain macam jer, tercarik2 mana screen, rupa2nya seluas2 dinding tu lah screen bagak dia ...hisshh...jakunnya aku...

Tapi aku taknak citer spiderman tu..aku nak citer spiderman lain....

Tengah aku excited tunggu movie tu stat..ada 3 orang (ekor?) spiderman tumpang lalu nak duduk kat seat belah dalam..ok normal la kan. Lepas beberapa ketika diaorang/diaekor duduk, aku terperasan sinaran cahaya dari screen henpon salah seorang/ekor dari mereka....hmm ok takpe kasi can jer la,wayang pun tak stat lagi. Tapi yang aku musykil bila diorang nak bergambar-gambar rupanya dengan henpon diorang tu..kejap dari angle kiri, kejap dari angle kanan, kejap dari angle depan plak...aper jer lah yang korang bleh nampak bergambar dalam gelap ni beb, stakat 2.0 ker 3.2 megapix punya henpon kamera pun kalau dah tak cukup cahaya tu bughok jugak la gambarnya nanti...

Dan kemusykilan aku menjadik kemusykito plak..bila aku terperasan yang diorang pun macam spiderman jugak..boleh 'melekat-lekat'! Mungkin tak sehebat original Spiderman la melekat kat dinding,tapi diorang mampu melekatkan PIPI masing2 bila bergambar! Diingatkan semula,ketiga2nya adalah spiderMAN, bukannya spidergirl or spiderwoman mahupun tom spider relaku pujuk tu......uuuuwarrkhhhh bhluwhekkk....nak jer aku muntah 3 kali kat tiap sorang pastu suh diorang balik basuh baju.....

huh jahanam mood spiderman aku...

Ada dengar jugak kat Msia ni pun bersepah orang2 yang senget nih (dah tak 'straight'..so sengetla jadiknya)..tapi bila terjumpa secara live ni buat naik bulu roma jer... hissh...simpang malaikat 44 juta-juta...


-SumoLah-

Khamis lepas aku cuti maka dengan semangatnya aku pergi support Afdlin Shauki plak..Tengok wayang time weekday pukul 2 petang fuh macam wayang tu aku yang punya..heheh..best korang, gi la tengok, lagipun jarang (ada ker?) citer melayu berlatarbelakangkan culture jepun sebelum ni..citer ni sesuai sangatla untuk korang yang rindu nak tengok kampung kedua korang tu..(eh macam aku jer)..dan makin sesuai jika korang dulu follow atau mengikuti perkembangan sukan sumo nih..(eh macam aku jer lagi)...mana la tau kan kot2 ada yokozuna sumo yang jadik pelakon tambahan ker...heheh...

Kepada pembaca2 sekalian...sila la tengok citer ni..ada budaya jepun yang korang boleh ambik tahu, ada semangat jepun yang korang boleh belajar...aku promote citer ni bukannya afdlin shauki offer aku berlakon dengan dia pun...dan bukannya aku fanatik dengan jepun..aku cuma...'rindu jepun' jer....hahaha..cane ek nak eksplen....;p


Sibbaik takde 'spiderman' yang cuba nak bersumo plak dalam wayang ari tu..



-Pirates of Carribean-

Citer ni sememangnya akan jadik saingan SumoLah kerana selepas 2 minggu bersumo Lanun2 akan datang menyerang kita pulak...huhuu....salah seorang yang jadik mangsanya..sudah tentulah aku..heheh...movie2 trilogy ni memang berhantu btul la,buat orang tertunggu2,buat naik nafsu movie jer...hihihii...

Diharap nanti terpelihara la hendaknya mood aku untuk tengok citer ni...tolongla kepada mereka2 yang berkenaan, takyah la jadik spiderman ker lanun ker or even sumo wrestler dalam wayang...dok diam2 okeh..tapi kalau nak merasa kena campak ke screen ker or nak merasa sumpahan jawa bugis ker ha buat la buaaattt!!!!

No comments: