08 April 2007

Bongek!

Tahukah anda apa makna perkataan bongek?...Mengikut kamus dewan bahasa dan pustakounis, maksud bongek adalah seakan2 bongok, tapi dalam versi yang lebih mesra alam dan ada unsur2 humor apabila ditutur...Perkataan ini boleh diaplikasi dalam contoh situasi berikut:

-Situasi 1-

  • Anda nak renew road-tax, tapi baki insuran anda ada 5 bulan..(kes lambat renew la ni...hahaha)..So anda kena extend dulu insuran anda sebulan,baru bleh renew roadtax dengan minima 6 bulan. Anda pun pegi extend insuran di hari Selasa..(sebab anda off day ari tu..heheh) Dah selesai anda pun pergi la ke pejabat pos untuk renew roadtax..tiba giliran anda, akak kaunter tu cakap yang insuran anda tak cukup 6 bulan, walhal anda telah extend insuran anda sebelum tu. So anda call balik orang insuran...bla bla bla dia kata ada signal error antara JPJ dan keluarga mereka. Dia suh buat esok...anda pun '..oo ok, tapi kalau esok takpe ker tempoh insuran ni?..' dan akak insuran tu cakap..'Oo takpe..2-3 hari takpe lagi..".....
  • Rabu keesokannya di waktu lunch anda pegi ke pejabat pos dengan satu harapan untuk setelkan road tax anda.Alih2 akak pejabat pos tu kata lagi...'hencik insuran hencik ni tak cukup lagi...kena tambah dulu..". dan bagai pisang berbuah dua kali,anda pun macam pisang terpaksa berbuah dua kali jugak..explain benda yang sama macam semalam..dan hari tu keputusannya tetap sama..JPJ punya signal error! So di sini anda sudah boleh mempraktikkan perkataan 'bongek' dalam hati anda...
  • Khamis keesokannya di waktu lunch lagi anda pegi ke pejabat pos lagi dengan satu harapan lagi....dan bila jawapan orang pos ofis tu adalah sama dengan hari semalam, maka disini juga anda boleh mempraktikkan perkataan 'bongek' tak kira di hati mahupun dimulut..praktikkan disepanjang perjalanan balik anda ke ofis jika anda terpaksa skip lunch anda dihari itu...
  • Jumaat keesokannya lepas semayang Jumaat, anda masih ada cukup masa untuk setelkan roadtax, so anda ke pejabat pos lagi dengan harapan menggunung ganang. Tapi kali ini anda mendapat kezutan bila akak pos ofis tu kata tidak ada yang terkeluar minggu ini....eh...akak tu kata masih tidak ada signal error..dan kezutan anda mencapai tahap dewa bila anda call orang insuran dan dia kata plak..." hencik, saya dah cek hencik punya insuran ni, tapi tempohnya tak cukup untuk buat roadtax..hencik kena tambah TIGA HARI untuk tempoh insuran, baru hencik boleh renew roadtax...."..... jadik disini adalah amat wajar anda menggunakan perkataan 'bongek' mengikut tahap kewarasan anda...jika tahap kewarasan anda adalah sifar, anda boleh gunakan bersama perkataan2 lain yang sama waktu dengannya dan jeritlah tanpa mengira pitching lari ke tak...Tapi jika anda masih waras anda bolehlah gunakan perkataan 'bongek' itu dan tujukan kepada kerusi,meja,lampu kalimantang, kipas, mesin ATM, toilet, elevator, helmet dan apa jua benda2 yang anda nampak disepanjang perjalanan balik anda ke ofis......

...........BonGEKKK!!!!!..........

-Situasi 2-

  • Anda sedang memandu, menghala masuk ke hiway NKVE. 500 meter dihadapan anda adalah plaza tol Kota Damansara.Tetiba dapat call dari seseorang yang anda kenali. Andapun menghandsfreekan henpon anda dan stat berborak. Perbualan di henpon semakin indah, jadi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku anda mengambil lorong paling kiri dan memandu dengan kelajuan bola bowling anda sahaja..tak laju lebih kurang 20-30km/j sahaja, cuuukup slow n stedi... Selepas beberapa ketika anda rancak berborak, baru anda perasan......yang anda kini telah berada di dalam hiway NKVE...jadik anda tertanya2, dimanakah plaza tol Kota Damansara tadi??

Maka di sini anda layak menggunakan perkataan 'bongek' dan tujukan kepada diri anda.Gunakan perkataan ini sehingga anda jumpa plaza tol yang seterusnya.......

...............bwarghahahaha.....boNGEEKKKKK!!!.......

...aa tak kira, aku tak bersalah..sapa suruh tol paling kiri tu tak letak palang?kan tak pasal2 cik SiL yang malu...wahahahaha.....

20 March 2007

-Sori-

  • Sori la yek rumah, terbiar lama ko berhabuk..
  • Sori la yek sapa yang singgah, terbiar lama korang berhabuk (jugak)..heheh..

-Updating me-

  • For some reason..umah aku dah penuh dengan barang2...barang2 yang biasanya tak ujud kat rumah2 laki bujang..contohnya peti ais, yang boleh sumbat aku n housemate aku dua orang!..

  • Keja macam biasa..sibuk yang biasa. Sekarang banyak yang baru masuk,tapi banyak jugak yang benti keja. Baru ni dua korean,sorang balik korea sorang plak nak hijrah ke australia..huu..takper ler asal semua bahagia..




  • Cik SiL masih sehat dan cergas..tapi kan ari tu kaki kiri dia meletup kat Kesas, ke kiri ke kanan jap macam lipas, sibbaik la tak terbabas.Baru nak godeh2 nut tayar dah datang penyelamat dunia-Ronda PLUS!...huu selamat, kalau takde diaorang mau ari tu semput nafas...:p




  • Pekabar lak cik Elly?..heheh..oo dia pun masih sehat berseri2,tak jemu teman aku kesana kemari, walaupun cikSiL selalu jadi pengganti, tapi time nak gi keja,dia jugakla yang aku cari...heheh...(ni salah dengar mau panas telinga nih :p)

-6 perkara pelik?-


Arghh..ni la asyik dok baca blog orang, dah kena tag suh buat benda nih..akok aku ler nih. Tapi tak kisah la,masing2 pun mesti ada benda2 pelik yang berlaku kat diri sendiri tapi mungkin kat orang lain benda tu biasa jer.. kat sini aku nak bagitau 2 dulu...hehe..

  • Nama aku la kan..Apehallak bleh jadik Ounis nih?Selalu Anis ker Hanis ker Manis ker..hihi..tu satu..2nd name lagi la..camne plak bleh jadik sCuhaimy??...pesall plak C bleh ada kat celah tu?..pastu camna nak sebut tu?ha sebut la kalau terer sapa yang tak penah sebut tu..heheh...masa mula2 masuk darjah satu dulu ingat lagi cikgu Amnah surrender nak nyebut nama aku...

"hmm ni nama apa plak budak ni....ooniss...suu...skuu..skuu...skrudriver???.."


"...bWARRGHAHAHAHAHA...KUIKUIKUI..KEKEKEKK...MBEKKKK"......riuh satu kelas menyahut....

..oo gelakkan kita yer..sibbaik la saya budak baik...ikut gelak sekali..hahaha....

  • Masa mula2 balik Msia dulu...aku lepak rumah akak aku...camni la lebih kurang citer peliknya, based on true story..heheh..ingat2 lupa dah tapi pointnya...ceng ceng ceng...

Akok: Ha..nis ni koi isi borang nih..mana tak berisi lagi aok penuh kan la..

aku : ha mana2.....oo...jap2...

aku : .hm??...

aku : err...aok ker yang isi borang ni?..

Akok : ha'ah...nape?

Aku : lorrr.....nama koi salah eja la.....!!

Akok : ...hoh?....


So kesimpulannya time tu,setelah 26 tahun hidup baru akak aku tau nama aku yang sebenar...huhuu..

ha amik aok!tag koi lagi....hihihi...

-minna hepi desu ka-

AKU ada berita gembira,yaNg kalau bleh nak share sesAma,nak warwar satu dunia, naK gegar seantero benua, naK gempita ke pluto sana,bagitAu semua alien yang ada, meh la datang sini berkaWan2 dengan kita, meriahkan bumi sama2, supaya semua-semua pun gembIra, bila dengar yaNg aku ada berita gembira......:)

14 January 2007

Ganbare ounis2007!!




Salam 2007..

Cerita ceriti terhimpun di awal tahun..

-Azam-

Ececeh...dah benda sinonim awal2 tahun camni ek.Masing2 dah letak azam..yang kurus nak gemoks(aku ler tu),yang rambut pendek nak simpan rambut panjang konon(aku ler tu),yang miskin harta nak kaya(aku ler tu)yang miskin kasih sayang pun nak kaya kasih sayang...(aku ker tu..hohohohh)
Cerita bab azam ni teringat dulu masa kecik dulu aku ada kawan nama Azam..haa jangan jeles korang sure takde kan..heheh..tapi lepas darjah 3 family aku pindah Kuantan terusla lost contact.Apa bleh buat,zaman tu mana ada henpon nak sms-ing ker,internet nak blogging ker..heheheh..yang aku ingat sebelum pindah dia ada bagi gambar dia kat aku sebagai kenang-kenangan..hihihi..ala macam citer Tentang Bulan tu...bezanya kitorang version lelaki jer dan kitorang tak pasalla nak citer pasal bulan time kecik2 dulu..bwarghhahaha...

-pukoL 9-

Ari tu aku advertise la kat ntenet ni nak carik housemate.Tak sampai 2jam lepas submit kat website tu,dapatla call dari hencik Dolah(sememangnya bukan nama sebenar)..nak tengok umah katanya.So dengan excitednya aku oraitkan je la bila hencik Dolah kata nak tengok umah malam ni pkul 9,n dia kata akan call bila dah sampai area umah aku.Malam tu pkul 8.30 aku baru nak bertolak balik dari KL,so takut tak sempat sampai,aku SMS hencik Dolah mintak tunda ke pkul 10.Sempatla aku kemas2 umah sikit...tetapi SMS ku tidak dijawab.Tak kisahla,logikanya dia boleh dapat dan baca la sms aku tu kan.


Sampai umah dalam 9 suku..takde call dari hencik Dolah so aku kemas2 la umah apa yang patut. Pkul 10 yang ditunggu pun tiba..tapi still takde call/sms jugak dari hencik Dolah. Ape bleh buat tunggu je lah lagi...sampai 10.30, masih jugak takde call.So dengan macho nya aku call balik hencik Dolah tu...tidak dapat dihubungi plak..aku try lagi dan lagi sampai pkul 11..sekali jer berhasil tapi baru aku nak bagi salam dengar macam dia tengah cakap2 dengan orang lain,dua saat pas tu terputus...atau diputuskan..hmm...pastu aku try call lagi..tak dapat plak...ok dah,cukup!..tensen aku keluar umah carik nasik..

Kan ker masa sekolah dulu cikgu dah ajar..kan ker masa kecik2 dulu mak abah dah cakap ..kan ker kita melayu ni kaya dengan budi bahasa dan pustaka...kalau tak berkenan ker tak jadik ker ape salahnya call/sms/fax/surat/batu bersurat/burung merpati/msg in the bottle campak dalam laut..nape nak dibiar camtu jer..lembu dipegang pada tali..hencik Dolah dipegang pada janji..ha camna tu...jawab hencik dolah jawab...

-PajeroYaro!-

Aku dengan cikSiL on way menuju KL suatu malam.Belum lagi masuk bandar KL,masih kat Jalan Duta..cikSiL yang begitu 'rendah' diri itu teramatlah sensitif dengan cahaya keter belakang yang masuk ke back mirror,especially van,4wD,MPV dan seangkatannya yang begitu 'tinggi' diri itu..sunggoh menyilaukan..so terperasanla aku satu Pajero di belakang..dekat tapi takde plak aura menyucuk.Tapi dek tak tahan silau kat back mirror,aku dan cikSiL cepat2 jauhkan diri dari Pajero itu....
Seploh saat aku tinggalkan kat belakang..tiba2 aku sedar balik.Aik?dia lagi..Pajero tu masih ada kat belakang.Masa tu actually aku dah tersilap jalan.So malas la aku nak layan sangat...
Dah masuk bandar KL n guess what..Pajero tu masih kat belakang!..
So untuk mengetest keikhlasan Pajero tu,..bila line clear jer aku cepat2 tukar lane dari tengah ke kanan,bila lampu hijau kat traffic light jer kononnya nak ke depan aku cepat2 tukar masuk simpang...dan sila teka lagi,Pajero itu pun cepat2 tukar lane, pun cepat2 masuk simpang yang aku masuk!..so aku buat kesimpulan, ada Pajero nak makan pelempang cikSiL malam tu!!..


Aku biar kejap Pajero tu menikmati keindahan CikSiL.50 meter kat depan aku nampak taxi stand di sebelah kiri jalan,kiranya ada ruang sikit untuk taxi amik penumpang,so inilah masanya..sampai jer kat taxi stand tu aku cepat2 menyelit masuk dan terus brek,berenti..so takde ruang untuk Pajero tu mahupun keter lain nak menyelit kat belakang aku..then aku tunggu Pajero tu lalu tepi..macam nak tak nak jer Pajero tu ke depan tapi silap besar la beb,ni bukan jalan kampung ko bleh patah balik sesuka hati..Dan sekarang dia dah kat depan.Sebelum sempat keter lain dok belakang Pajero tu aku cepat2 masuk semula lane,dan apa lagi...bertukarlah aku menjadik raksasa menyucuk secucuk-cucuknya si Pajero tu di tengah2 bandar KL..sampai orang sebelah pun tak berani nak kata apa..tapi masa tu aku rasa aku deserve untuk menghukum-karma Pajero tu.Baru aku nak bermain2 kat belakang Pajero tu,aku nampak si driver keluarkan tangan dan tunjuk isyarat gunting dengan jarinya...

gunting?? dia nak gunting ker?Dah buang tebiat sangat nak gunting malam2 ni??..

Oh tidak..dia tunjuk isyarat PEACE rupanya...menandakan dia tak berniat untuk menyucuk atau membakar ajak race mahupun mencarik kuih bakar di malam itu.Aku pun tak sempat nak bertukar menjadik monster,plak tu aku perasan ada kepala2 yang pakai tudung kat seat belakang Pajero tu,so aku agak ni satu family or satu group yang saja jalan2 malam tu tapi takde hala tuju,pastu si drivernya berminat nak follow CikSiL...huh..adil ker?ko buat orang rasa cuak time drive all along the way..dan sekarang nak pis pis plak..
Aku ke kanan Pajero tu..aku tengok muka driver dia..bukan orang yang aku kenal.Dengan terhegeh hegeh tersengih dia peace skali lagi..

..ek-e-leeh...
aku pun malas nak layan kasi la jugak sengihan tak ikhlas sambil berisyarat tangan;its ok...

Aku tak kisah kalau Pajero tu terpikat dengan bontot CikSiL ker..tapi kalau dia buat macam tu kat silap2 keter,kot la tuannya anak bos kongsi gelap ker,anak samseng kampung Dusun ker,Yakuza pencen ker,aku tak rasa bleh end macam tu jer...lu silap beb...

Kesian CikSiL..susah bila jadik artis dalam dunia keter ni ek.. lalala..:p

-20072007-

Just terpikir nombor ni.Bertuahla mereka2 yang lahir pada 20 Julai,sebab tahun ni angkanya akan jadik 20072007,sama jugak dengan mereka2 yang lahir pada 20 Jun pada tahun lepas, atau 20 May dua tahun lepas, atau 20 April tiga tahun lepas, atau 20 Mac empat tahun lepas, atau lagi dan lagi....


So untuk orang yang tak lahir tarikh tu, sure ada yang nak buat big event yang bleh dikenang sepanjang idup..kawen ker, tunang ker,pegi honeymoon ker,gi makan angin kat oversea ker, ...
hmm..tapi 20072007 ari Jumaat,ape je la yang bleh dibuat ek..takpe2 ada 6 bulan lagi nak pikir..lol...

30 December 2006

Itu Ini di Ujung 2006

-Cuti-

Walaupun tak sambut krismas,tapi aku cuti stat krismas eve
lagi....hoh!hoh!hoh!..(gelak santaklos)
Walaupun sambut raya haji, tapi aku tak cuti stat first day raya haji
lagi!...hahhahahampeh...:-(

Amende la cuti company nih...

-D'Jengka-

Balik Selasa malam,Jumaat petang dah balik KL semula..huu...sempat jugakla borak2 dengan mak..pasal keja, pasal keta, pasal masa depan sikit2,pasal masa belakang sikit2, n of course..pasal pempuan..hehehe...ye la kan takkan nak simpan2 kot dengan mak sendiri.Lain la kalau mak orang..(eh pahhal pulak nak citer kat mak orang..heheh)..Gi semayang jumaat naik motor ngan abah,tapi pesal ntah aku tengok meter motor tak lebih 40 pun aku bawak..haha...jangan kasi cikElly tau..malu2...

-Kipas-

Pepagi jumaat tu terbangun dek suara aboh..

"....niss..bla bla...hangit...bla bla...tak pusing..."...

huu baru bangun tido,tu je la yang aku mampu dengar.Pening gak pesalla tetiba hangit ni..ketiak aku hangit ker..tak pulak...tenyeh2 mata sikit rupa2nya kipas kat bilik tu dah nazak dah...bukan kipas siling or kipas stand tu..dia kipas kotak,ala yang cover depan kipas tu pun berpusing slow jugak tu...ha yang tu la...
Yang buat aku kagumnya dengan kipas tu bila mak cakap...

"Dah lama kipas ni..abah beli masa mak nak lahirkan kak Teh dulu.."....

aa?..kak Teh lahir? huishh..itu dah 20 tahun lepas tu...hebat hebat..

Kipas-Chan,arigatou! Terima kasih kerana mengipas kami selama 20 tahun...Jasamu dikenang,budimu tak hilang,pergimu....err kami carik lain ee..la la la...

-D'Karak-

On way balik KL..aku berdua jer dengan cikSiL, lepas sikit dari tol Karak tu keter2 dah mula slow,jalan pulak menurun bukit melingkar lingkok plak tu..huu ni mesti samtingrong nih...yapparii...

3,4 bijik keter bertaburan tepi jalan..kaca kacir almost penuh 3 lane hiway tu, dan kat lane tengah plak...ada sorang tengah tergolek!..gulp..cikSiL nak brenti tolong tengok tapi orang2 PLUS dah jaga area tu so aku rasa better kitorang jalan terus daripada menambah ke-jem-man jalan...huu....


Ingatkan dah reda,dalam 100 meter jer dari tempat accident tu tetiba ada plak sebijik lori macam lori simen dok senget tersangkut kat devider kiri bahu jalan..tengah completely terbakar!...gulp lagi...spark api tu bleh sampai ke lane kanan,cikSiL dengan gelabahnya tumpang lalu jugak kat situ..pastu aku plak meraba2 carik digicam kat dalam porch-bag kat seat sebelah(kot2la bleh amik gambar live kat situ)..elok jer kitorang kat sebelah lori tu tetiba plak lori tu bleh meletup lagi..opocot!..melatah la cikSiL kejap...huuh takut takut...
.......


...














-budak HR-

Tadi lepas keja aku melencong jap ke Low Yat..Balik awal pun bukannya buleh layan Astro....eh aku dah ada tv ke..hahaha...gelakkan diri sendiri....
Baru selangkah nak naik escalator kat ground floor , aku ter-bertembung mata plak dengan sorang amoi yang dok jaga kaunter kedai henpon betul2 kat tepi escalator tu...errkk..kaki aku dah stat mencair dah...
cepat2 aku tunduk mengalih pandangan ayu ini sambil mengatur semula tenaga dalam untuk membentuk semula kaki aku....Dah suku escalator naik aku curik2 tengok kat amoi tu lagi...

erkkk!!..dia dok tenung aku lagi!..urghh kali ni kepala lutut aku dua2 dah tercabut dah....chiss...tak bleh jadik ni...cepat2 aku tunduk lagi...aku pungut balik kepala lutut aku dan aku atur balik tenaga dalam untuk membentuk kaki aku semula....huh main kasar nih...

kali ni tak kira,apa nak jadik jadikla....tarik nafas dalam2...tahann...then aku toleh tengok amoi tu balik...urrghhhh...memang dia dok tengok dari tadi.Dengan pipi hampir nak meletup aku tengok dia balik...

..........satu saat...dua saat......

..mata sepet dia membesar..kening dia terangkat....macam nak cakap sesuatu..

..mata besar aku pun membesar..kening tak sikat aku pun terangkat....terikut2 plak riak muka amoi tu...

c'mon recall..recall....bukak kamus balik......sapa la budak nii..cepat niss...!!!...

...

huh Yattaa!!....OooOOoo.. budak HR ofis aku dulu rupanya.Actually masa aku mula2 masuk company ni bulan 6 dulu,dia n sorang lagi kawan dia la yang dok uruskan kitorang,dan urusan ke jepun dulu.Tapi seingat aku ada la dalam 3,4 kali jer aku penah jumpa dia..kasi copy IC,kasi slip gaji,dan yang paling aku ingat aku ada bagi kad/sijil KWSP aku yang sampai sekarang dia tak pulang2kan balik...hahaha...patutla...Pastu aku gi jepun training..n terus senyap jer...huu...

Dah 3 suku escalator...Dah makin jauh,sempat melambai hai jer kat dia dengan senyuman kambing pemalu yang paling malu penah aku buat.Dia pun lambai hai balik sambil sempat tangan dia berkata2.." appa la..sudah lupa ka?.."

Aiyya amoi manyak cantik manyak soli aa....my built-in memory sudah penuh la....hahaha....

Rasa besalah giler.Lepas aku window shopping aku turun balik..jumpa amoi tu...tak jumpa kang takut ngigau plak...hihii...

"..hey owwniss...ape kabar...".....

gulp....kalah lagi...with perfect pronounciation,dia ingat nama aku.....

"...haiii...........u apa kabar?surat kabar?.....bla bla bla.....(cepat2 cover)...

....bla bla....now part time...bla bla....dulu internship saja maa...bla bla...UPM..bla bla...today my 1st day here lorr...bla bla....baru balik jepun kan...mana souvenir from japan...haha..bla bla bla.....happy 2007!.....

gitulah citernya....huu....

tensen....

sebab sampai sekarang aku dok tulis blog ni, aku tak ingat2 lagi nama amoi tu...

aaa...jahatnya rasa...

akan ku tanya satu company nanti okeh...soli ya amoi...


Selamat Raya Haji n Selamat Menyambut 2007 kengkawan...



03 December 2006

...Senyap tapi Sehat Tapi...




-TerSenyaP-

Sori kalau tetamu yang singgah kat sini dok risau..n terima kasih kerana dok risau.Kat dapur banyak biskut marie tu..next time amik je kalau tuanrumah takde yek:-)..
3-4 minggu ni banyak plak big event..walaupun bukan event untuk aku tapi sebagai seorang sedara,sebagai seorang kawan,sebagai seorang teman,sebagai seorang abang kena jugak la tempiasnya..(wahwah sunggoh poyo ini ayat..:p)..am just happy la kan..dapat menghappykan orang lain..orang kawen kita jadik tukang rewang,orang buat open house kita jadik tukang ngabeskan lauk,orang grad kita jadik tukang ambik gambor,orang pindah kita jadik tukang nnnyibuk..heheh..

-Pindah-

Sekarang pun aku dah selamat pindah umah..walaupun tak seindah mana tapi sikit demi sikit dah ada la rupa bilik bujang jepun..hehehe...dan dengan segala kuasa veto yang ada,akan ku pastikan rumah itu tak berlaku fenomena2 normal untuk kebanyakan rumah bujang lelaki.Akan kupastikan tiada sepah sepah,tiada kotoran degil di bilik air dan tandas,tiada ashtray di living room!,tiada kasut berkeliaran di luar rumah dan sebagai-bagainya.....huh semmmmangat!!jangan hangat2 taik ayam sudah..hahaha...

Untuk membujangjepunkan rumah itu..2 elemen ni kena tambah kat umah..
. Additional lighting for interior/display item...huu apa je la yang boleh aku display??
. Unsur2 hijau...kalau taruk bunga kang tak jantan la plak..so untuk lelaki mari kita taruk pokok2 kecik yang tak perlu maintenance sangat sebagai interior rumah...ala kat tesco banyak..hihi...

Sekarang dok excited plak nak hias living room...takper mari stat dari zero..kosong takde pape pun..

Then ari tu tejumpa kedai barang2 2nd-hand...ter berkenan plak dengan satu sofa comei nih...

Pastu ari tu kat Kesas highway singgahla R&R Kinrara..kononnya nak makan sate kajang kat situ..ter berkenan plak dengan satu carpet makcik Indon jual kat situ..penat tawar menawar dapat kurang seploh hinggit jer!huu... tapi bab2 tawar menawar ni sesungguhnya aku lemah..lembik hati sangat kot..hahaha...

Pastu teringat plak aku ada satu kerusi bawak balik dari jepun dulu..taruk skali kat living room tu so sofa comei tu takla keseorangan nanti....eh salah tatabahasa..so sofa comei tu takla kesesofaan nanti...hahaha....mengong2...so inilah current living room aku....la la la la....

(sofa comei: oits kerusi jepun..bosanla..tengok tv jom..
kerusi jepun: huh tengok tv?? tengok dinding buleh la!.. )

-Retak Hati??-

This time I really wanna tell a story about her..need to introduce?...Aku nak citerkan kat sini sebab aku nak ingat sampai bila-bila apa yang aku rasa..rasa hati bagai dikoyak koyak..betapa hancur luluhnya jiwa dan raga...bila someone u loved sanggup korbankan diri..dia yang tersayang cedera kerana kealpaan kita...
Hari tu..seperti biasa dia temankan aku keluar..Sabar dia meneman aku sehingga malam.Sehinggalah tiba masa untuk pulang..kami berpimpinan tangan melintas jalan..tangannya kupegang erat bagai tak bisa dipisah sesiapa....tapi aku silap..aku alpa..jalan yang kusangka tenang rupanya bagai taufan melanda dibelakang...
Dia dilanggar kereta..dia sedar kehadiran kereta yang melulu dari belakang dan terus cuba melindungi aku.Semuanya berlaku terlalu pantas.Dalam tak sedar dia dah tercampak ke tepi jalan..dengan luka parah di kaki......kelu..tak mampu aku berfikir masa tu..menyesal menangis air mata darah sekalipun dah tak berguna lagi...

Baby I love u..i need u..please dont leave me...
God..am really love her..Jika dia yang tertulis dalam ketentuanMu untukku..maka berilah kami peluang..nikmati hidup bersama selamanya...dibawah rahmatMu....


CikSiL...maafkan atas kealpaanku....



...Ada teman yang perasan...mungkin ini ker...kesinambungan entry lepas??...

...huuuuhh......